Pengakap telah diasaskan oleh seorang
bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal
dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar
London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari,
1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang
mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada
Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu
Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau
bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan
Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti
berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell
bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki,
berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP
telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di
India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta
sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun
kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu
peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud
Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap
pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang
tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan
ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi
hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu
lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun
1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa
di Kashmir berjodol 'Aids To
Scouting'. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak
lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan
dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan
orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah
mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu
mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam
peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar
berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk
api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan
orang-orang Boer.
Beliau telah
menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell
berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah
dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda
menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan
pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda.
Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah
bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan
satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21
orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan
idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak
itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara
berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan
mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea
berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu
dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys".Kandungannya
berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika
serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati
budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun
sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia,
Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan
Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di
seluruh dunia.
Terima kasih atas nota tersebut, barulah saya faham tentang sejarah pengakap. Ten Q
ReplyDelete